Entri Terhangat

Sunday, May 1, 2011

Sebelum Wisel: Harus Menang


Andy Carroll dijangka pulih untuk berdepan bekas pasukannya iaitu Newcastle United di Anfield. Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan samada Carroll akan diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk perlawanan malam nanti.

Tottenham kecundang ditangan Chelsea semalam. Ini telah membuka peluang Liverpool memintas Tottenham ditangga ke-5. Sekiranya kemenangan berjaya dijelmakan perbezaan jaringan memisahkan Liverpool dan Tottenham dikedudukan ke-5 dan ke-6.

King Kenny pastinya ada ramuan untuk menundukkan Newcastle United di Anfield. Dijangkakan tiada perubahan pemain akan dilakukan, ini bermakna pemain yang beraksi ketika membenam Birmingham tempoh hari akan memulakan perlawanan.

Kemenangan harus dikecapi malam ini, dan baki 3 perlawanan harus dimenangi bagi memungkinkan kita melakukan kejutan disaat-saat akhir saingan Liga Musim ini.

walk on, ynwa

Rangkuman: Berita Ringkas

1. The Flying Dutch Man, Dirk Kuyt percaya dengan mendapat beberapa pemain berkualiti bagi saingan musim depan akan mencerahkan peluang Liverpool menjadi pencabar kejuaraan liga.

2. West Ham United berkemungkinan akan melakukan bidaan untuk membawa pulang pemain yang pernah beraksi bersama mereka satu ketika dulu iaitu Joe Cole. Walaubagaimanapun West Ham harus memenuhi tag harga Joe Cole sebanyak 10 Juta Pound.

3. Gael Clichy, Bek Kiri Arsenal yang semakin menghampiri tahun akhir kontraknya di Arsenal. King Kenny telah melihatnya sebagai satu peluang yang tidak harus dilepaskan dan dengan tanda harga sebanyak 9 Juta, Tuan Henry tiada halangan untuknya.

4. John Aldridge menegaskan tiada calon yang lebih sesuai pada ketika ini untuk jawatan pengurus Liverpool. King Kenny berhak untuk menadapatkan jawatan itu dan Tuan Henry tidak perlu berfikir lama untuk menawarkan kontrak kepada King Kenny.

5. Lucas Leiva bersedia untuk kemungkinan di masa hadapan yang mana akan berlakunya persaingan sihat untuk merebut kesebelasan utama Liverpool. Walaubagaimanapun Lucas percaya dia mampu menjadi pemain utama di Liverpool walaupun pemain datang dan pergi meninggalkan Liverpool.

6. Liverpool dan ManU bersaing untuk mendapatkan pertahanan muda Blackburn iaitu Phil Jones. Walaubagaimanapun Pengurus Blackburn Steve Kean akan sedaya upaya untuk menggagalkan usaha membawa keluar Jones dari Ewood Park.

7. Liverpool dilaporkan mendahului dalam proses mendapatkan khidmat pemain sayap Aston Villa iaitu Steward Downing. Walaubagaimanapun King Kenny menegaskan ianya sebagai galang ganti sekiranya gagal mendapatkan Ashley Young.

8. Damien Comolli bersedia untuk membawa pulang pemain yang pernah disuntingnya untuk Tottenham iaitu Adel Taarabt yang kini beraksi bersama QPR.

9. Seramai 13 orang wakil rakyat kawasan merseyside menyokong penuh usul untuk memberikan gelaran Sir kepada Kenny Dalglish.

10. Newcastle dilaporkan berminat mendapatkan 3 pemain Liverpool iaitu, Joe Cole, Paul Konchesky dan David Ngog. Alan Pardew akan berbuat demikian sekiranya pemainnya seperti Kevin Nolan, Jose Enrique dan Joey Barton mahu menyertai Liverpool.

Sunday, April 24, 2011

Wisel Penamat: Penangan Latino


Maxi Rodriquez ( 7',66', 73' )
Dirk Kuyt ( 23' )
Joe Cole ( 86' )

Hatrik dari Maxi dan gol dari Kuyt dan Joe Cole mengahadiahkan King Kenny dan Liverpool kemenangan besar pertama musim ini. Persembahan Maxi nyata melegakan King Kenny yang menurunkannya untuk mengisi ketiadaan Carroll.

Maxi membentuk persefahaman yang cukup baik bersama Suarez dan Lucas. Gandingan Amerika Selatan yang cukup ideal untuk diturunkan bagi perlawanan-perlawanan tertentu untuk saingan Liga. Perjudian yang cukup berani dilakukan King Kenny untuk meletakkan Meireles dikanan dan meletakkan Kuyt bersama Suarez dihadapan selain menanggung risiko besar menurunkan Jamie Carragher yang belum cukup pulih untuk diturunkan.

Flanagan dan Robinson sekali lagi mendapat kepercayaan King Kenny untuk mengemudi sayap bertahan Liverpool. Disamping Spearo dan Lucas cukup bertenaga dibahagian tengah. Gandingan yang semakin mantap hari demi hari. Mungkin ini satu petanda baik untuk musim hadapan dengan kurangnya kebergantungan kepada Steven Gerrard kerana Lucas dan Spearing semakin serasi dan tugas Gerrard semakin mudah dimusim hadapan.

kemenangan ini meletakkan Liverpool cuma ketinggalan 3 mata dari Spurs ditangga ke-5 dan 4 mata berbeza dengan Manchester City. Dengan berbaki 4 perlawanan tiada yang mustahil. Mungkin Liverpool akan merampas posisi ke-4 liga, mungkin juga Manchester City dan Tottenham akan bergelut untuk ke Slot Europa League. Tiada yang mustahil dan baki 4 perlawanan akan menentukan segala-galanya.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger