Entri Terhangat

Tuesday, August 16, 2011

Perpindahan: Daniel Ayala sertai Sang Kenari


Sang Kenari telah mengumumkan secara rasminya telah menandatangani pemain muda The Reds, Daniel Ayala dengan nilai perpindahan dibawah 1 juta. Kemasukkan Ayala ke Norwich mengikuti jejak langkah pemain muda terdahulu iaitu Zak Whitbread yang kini antara pemain utama Norwich.

Kemasukkan Ayala ke Norwich menjadikan dia pemain ke-8 yang dibawa masuk oleh Manager Norwich. Ayala menyertai Liverpool dari Sevilla pada tahun 2007 tetapi gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama dan dipinjamkan kepada Hull City dan musim lepas bermain di Derby County.

Semoga Ayala berjaya di Norwich dan menjadi pemain yang lebih baik dari sekarang. Tiada yang mustahil jika Ayala akan kembali ke Anfield sebagai salah seorang pemain pertahanan yang berkelas dunia. Siapa yang tahu kan. Mana tahu nasib macam Fabregas ke kan..

walk on.ynwa

Saturday, August 13, 2011

Wisel Penamat: Larsson Gunting Reina



Hampir 50 minit Pepe Reina kurang dicabar digawangnya, tetapi pada minit ke-57, Sebastian Larsson melakukan guntingan yang menarik untuk menyamakan kedudukan. Sebelum itu Liverpool didepan hasil tandukan yang mengelirukan dari Luis Suarez pada minit ke-12.


Sebelum itu, pada minit ke-7, Liverpool dihadiahkan tendangan penalti selepas Luis Suarez dijatuhkan oleh Kieron Richardson. Aku cukup yakin pada mulanya yang Charlie Adam akan melakukan tendangan penalti tersebut. Tetapi Luis Suarez yang mengambil peranan tersebut. Perasaan aku berbelah bahagi untuk melihat Suarez mengambil tendangan penalti kerana sebelum perlawanan aku tak jangkakan Suarez akan bermain dan aku tak letak pun Suarez dalam Team Fantasy Premier league aku..hehe..

Semua pemain baru melakukan permulaan kesebelasan utama kecuali Doni, Jose Enrique bermain cukup baik walaupun gol Sunderland berpunca dari kawasannya yang mana dia terleka menghalang hantaran Gyan kepada Larsson.

Downing cukup ligat bermain dikiri dan kanan sayap dan hampir menjaringkan gol tetapi palang menjadi penghalang. Charlie Adam cukup dominan pada babak pertama dengan hantarannya kepada Suarez dan Carroll tetapi pada babak kedua dia seperti hilang punca.

Carroll berjaya menjaringkan gol tetapi gol tersebut dibatalkan oleh pengadil kerana terlebih dahulu mengasari pertahanan Sunderland.

Kejutan berlaku dibahagian kanan pertahanan dengan King Kenny menggunakan Flanagan sedangkan aku merasakan Martin Kelly harus disenaraikan. Tetapi Flanagan beraksi dengan baik dan kurang melakukan kesilapan tetapi satu kesilapan darinya menyebabkan Sunderland mendapat gol penyamaan.

Perlawanan seterusnya menentang Arsenal di Ashburton Grove. Arsenal turut seri dengan Newcastle dan mereka kehilangan Gervinho kerana kad merah dan dalam tempoh seminggu turut akan kehilangan Nasri dan Fabregas. Kesempatan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih kemenangan pertama musim ini.

walk on.ynwa

Friday, August 12, 2011

Sebelum Wisel: Liverbird vs Black Cats


Black Cats? Melihat pada logo Sunderland xde rupa kucing pun. Tak mengapa itu sekadar logo. Tetapi apa yang menarik mengenai Sunderland sebenarnya? Sunderland adalah tempat bekas pemain Manchester United menyambung karier mereka sebagai pemain mahupun pengurs. Lihat saja siapa pengurusnya. Steve Bruce yang satu ketika dahulu anak emas Alex Ferguson. Pemainnya pula? Kieron Richarson, Danny Welbeck juga pernah bermain disini sebagai pemain pinjaman dan yang terbaru adalah dua kuda tua iaitu John O'Shea dan Wes Brown.

Perlawanan kali ini akan melihatka kedua-dua pasukan berwajah baru kerana Liverpool dan Sunderland adalah 2 Kelab yang ketika ini cukup aktif dalam pasaran perpindahan pemain kali ini. Setakat ini Sunderland telah membawa masuk 10 orang pemain dan Liverpool 5 orang pemain.


Kapitan Fantastik, Steven Gerrard tidak dapat beraksi sehingga la september depan. Walaubagaimanapun Luis Suarez berkemungkinan akan memulakan perlawanan walaupun baru mula menjalani latihan bersama skuad di Melwood Isnin yang lalu.

Jordan Henderson, Steward Downing dan Charlie Adam dijangka akan berada dalam kesebelasan utama, manakala pembelian terbaru Jose Enrique masih belum dapat diputuskan samada akan beraksi dibarisan permulaan perlawanan.

Dengan ketiadaan Steven Gerrard, Jamie Carragher akan memakai lilitan Kapten sehingga Gerrard kembali, Reina semakin pulih dari kecederaan hernianya disamping Andy Carroll yang cukup menyerlah sepanjang perlawanan pra musim dengan meledakkan 3 gol dari 6 perlawanan.


Saksikan perlawanan ini pada jam 9.55 malam di Saluran Astro, di kedai-kedai mamak dan di Clubhouse-clubhouse berhampiran anda.

walk on, ynwa



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger