Entri Terhangat

Sunday, September 25, 2011

Wisel Penamat: Sang Pistol kembali Meledak


Luis Suarez kembali meledak dengan berjaya menjaringkan gol ketiganya musim ini bagi membantu Liverpool mencatat kemenangan pertama selepas mengalami dua kekalhan berturut-turut. Kemenangan ini menunjukkan pemain telah kembali fokus dan bersedia untuk perlawanan mendatang.

Formasi pemain adalah sama seperti menentang Spurs. Mungkin King Kenny mahukan pemain ini menebus kembali kesilapan mereka ketika berdepan Spurs dan menjadikan Wolves sebagai penebus kesilapan mereka yang lepas.

Permainan cukup menarik pada separuh masa pertama. Tetap berubah menjadi pasif pada babak kedua dan Wolves berjaya mendapatkan satu gol. Ternyata konsistensi adalah musuh utama Skuad King Kenny musim ini. Diharap pembantu King Kenny dapat membantu King mengatasi masalah turun-temurun ini.

Bulan Oktober memang menjadi bulan yang penting bagi Liverpool kerana ada 3 perlawanan penting untuk dihadapi iaitu perlawanan Liga menentang Everton diseberang Stanley Park, Manchester united di Anfield dan perlawanan Carling Cup menentang Stoke City. Kesemua perlawanan wajib dimenangi dan aku tak rela kalah lagi.

walk on.ynwa

Friday, September 23, 2011

Sebelum Wisel: Lawan Serigala di Anfield


Setelah dua perlawanan sebelum ini Liverpool bertandang ke gelanggang lawan dan kecundang kedua-dua perlawanan tersebut, Liverpool kembali ke Anfield untuk mengutip 3 mata dan mangsa seterusnya ialah Wolves.

Tapi dibuka semula lembaran sejarah, Wolves menundukkan Liverpool musim lepas di Anfield. tetapi Liverpool membalas semula dengan kemenangan 3-0 di Kandang Wolves.

Steven Gerrard mungkin akan dipadankan dengan Charlie Adam di bahagian tangah ataupun Gerrard bermain di kanan menggantikan Henderson.

Andy Carroll masih samar peluangnya untuk memulakan perlawanan dengan Craig Bellamy menunjukkan prestasi cemerlang dalam saingan Carling Cup.

Dibahagian bek tengah Skrtel akan bersaing dengan Coates untuk bergandingan bersama Jamie Carragher, bek tengah akan diambil alih semula Kelly yang kembali pulih dari kecederaan.

Yang pasti aku tak rela Liverpool kalah lagi.

ynwa.walk on.

Thursday, September 22, 2011

Wisel Penamat: Kuda Tua yang Superb


Kudrat kuda tua menjadi inspirasi skuad King Kenny berdepan Brighton & Hove Albion. Craig Bellamy, Dirk Kuyt, Maxi Rodriguez mengemudi jentera depan Liverpool. Mereka dilihat lebih mempraktikkan apa itu pass and move dalam style permainan Liverpool berbanding rekrut baru Liverpool.

Bellamy dan Kuyt masing-masing menyumbang 1 gol pada setiap babak bagi membolehkan Liverpool memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1. Brighton memperolehi gol saguhati hasil jaringan penalti berpunca dari tindakan bijak Spearing yang dalam dilema sama ada mahu membiarkan bola keluar ataupun mengeluarkan skill ajaibnya dan padahnya Jamie Carragher terpaksa menyabit pemain Brighton dalam kotak penalti.

Gandingan Suarez dan Bellamy dilihat saling melengkapi berbanding Suarez dan Carroll. Prestasi cemerlang Bellamy dalam perlawanan ini pasti akan memberikan tamparan kepada Carroll bagi membuktikan yang dia memiliki sesuatu untuk dibanggakan King Kenny.

Perlawanan seterusnya menentang Wolves pada hari Sabtu. Yang pasti tidak sanggup kalah lagi.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger