Entri Terhangat

Friday, October 14, 2011

Sebelum Wisel: Pertembungan Gergasi Merah


Pak Alex akan datang dengan harapan mencari kemenangan pertama di Anfield setelah gagal melakukannya selama 4 tahun. Mungkin King Kenny akan menambahnya untuk 10 tahun. Sapa tahukan.

Manu berada 6 mata dihadapan Liverpool kesayangan kita dan King Kenny mencari kemenangan untuk merapatkan jurang mata dengan Manu. Kenangan musim lepas dimana Liverpool membedil Manu 3-1 di Anfield diharap dapat diulangi sekali lagi.

Dalam pada itu King Kenny masih lagi belum mahu mengesahkan kelibat Steven Gerrard dalam kesebelasan utama malam ini. Manakala Martin Kelly sudah pulih dari kecederaannya. Daniel Agger turut cergas untuk diturunkan pada perlawanan ini.

Aku berharap Gerrard dapaat diturunkan awal dalam match ini untuk bergandingan bersama Adam ditengah dan membiarkan Lucas menghambat pemain Manu yang lain. Carroll memerlukan seseorang yang boleh menciptakan ruang untuknya.

Aku jangkakan pemain-pemain kidal akan menyerlah pada malam ini. Jose Enrique, Steward Downing, Charlie Adam dan Andy Carroll akan menghadiahkan kemenangan malam ini.

walk on.ynwa

Saturday, October 1, 2011

Wisel Penamat: Double Trouble


Akhirnya Andy Carroll dan Luis Suarez membuktikan bahawa mereka merupakan gandingan yang harus diberikan perhatian dalam saingan liga musim ini. Carroll dan Suarez meledakkan satu gol pada babak kedua bagi menundukkan seteru setempat yang bermain kekurangan seorang pemain.

Seperti yang aku jangkakan tiada sebarang jaringan pada babak pertama walaupun Liverpool berjaya mendapatkan penalti tetapi Kuyt gagal menyempurnakannya dan pemain Liverpool juga tidak ghairah menghentam pertahanan Everton walaupun mereka beraksi 10 orang kerana Jack Rodwell dibuang padang.

King Kenny pastinya lega kerana misinya sudah tercapai dan kenangan seri 4-4, 20 tahun lalu boleh dilupakan terus oleh King Kenny. King Kenny menyenaraikan semula Kuyt didalam skuad utama dan merehatkan Henderson kerana pengalaman Kuyt dalam match derby amat diperlukan King Kenny.

Steward Downing tenggelam kerana dia dibayangi oleh Seamus Coleman dengan cukup baik, tetapi Jose Enrique pantas memangku tugasan disayap kiri ketika Downing cukup bergelut untuk beraksi cemerlang. Akhirnya Jose Enrique diangkat sebagai man of the match.

Gama seterusnya menentang Team Ramli Mr. Potato di Anfield pada 15hb Oktober nanti. Sama-sama kita nantikan perlawanan tersebut.

walk on.ynwa

Friday, September 30, 2011

Sebelum Wisel: Derby ke-216


216 merupakan angka yang cukup besar dalam sejarah pertembungan setempat bagi Liga Inggeris. Dua gergasi Merseyside yang penuh tradisi, dua pasukan yang hanya dipisahkan oleh kawasan lapang di Stanley Park.

King Kenny pastinya teruja untuk kembali ke Goodison Park buat petama kali sejak tahun 1991. Dimana perlawanan terakhir King Kenny di Goodison Park berkesudahan seri 4-4 dalam saingan Piala FA. Perlawanan tersebut juga merupakan perlawanan terakhir Liverpool dibawah kendalian King Kenny.

King Kenny pastinya akan menurunkan kesebelasan yang sama dengan mempertaruhkan kesemua pemain baru yang ditandatanganinya dan akan hanya menggunakan Stevie G pada pertengahan babak kedua.

Apa yang pasti Everton pasukan yang cukup liat untuk ditundukkan dan aku merasakan tiada jaringan pada babak pertama. Perlawanan mungkin akan rancak hanya pada babak kedua. Kad kuning sudah semestinya akan melayang-layang dalam perlawanan ini dan Jamie Carragher dan Phill Neville antara calon untuk mendapat kad kuning.

Mohon Carroll lebih aggresif untuk match ini dan Suarez jangan dikeluarkan bagi perlawanan ini. Bahagian tengah mohon lebih kerap melakukan hantaran tepat dan jangan kerap hilang bola.

Mohon Menang, Tak sanggup kalah lagi.

walk on.ynwa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger