Entri Terhangat

Friday, February 5, 2010

Sebelum Wisel: Kuyt mencari yang ke-50

Dirk Kuyt akan turun menentang musuh sekampung dengan menggalas misi peribadinya iaitu mencari gol ke-50 baginya untuk Liverpool. Kehadiran Kuyt ketika ini sememang amat berguna memandangkan ketiadaan Torres, manakala Ngog masih terkial-kial mencari rentak jaringan.

Melihat kepada dua jaringan Dirk Kuyt sebelum ini, dia mendapat umpanan yang cantik sebanyak dua kali melalui Aquilani. Secara realistiknya Kuyt amat sesuai digandingkan dengan Aquilani. Mungkin satu gandingan yang baru, walaupun tidak semantap Torres dan Gerrard. Sekurang-kurangnya ia cukup bagi menghadirkan gerun untuk Everton di Anfield nanti.

Sekiranya Kuyt menggalas tugas menjadi Striker tunggal, posisi sayap kanan akan diisi oleh Maxi. Riera semakin cergas akan terus menggalas tugas di sayap kiri. Gerrard mungkin boleh kembali menjana bahagian tengah sekiranya Aquilani diletakkan sebagai Midfield menyerang bagi membantu Kuyt.

Mungkin hanya sia-sia sahaja apa yang kawan cakapkan nie sekiranya Lucas yang bermain dan bukan Aquilani. Walaupun ketika menentang Bolton tempoh hari Aquilani banyak membuat hantaran yang tidak tempat, sekurang-kurangnya kehadirannya memperbagaikan rentak dibahagian tengah dan membenarkan Gerrard dan Kuyt bergerak bebas.

Jentera pertahanan ketika ini boleh dikatakan cukup baik dengan Kyrgiakos semakin serasi bersama Skrtel dan Insua semakin berani naik keatas membantu Riera melakukan hantaran-hantaran yang boleh menghasilkan peluang gol.

Walauapapun, perlawanan derby kali ini harus disudahi dengan kemenangan kerana pencabar-pencabar yang lain kelihatan semakin bersungguh-sungguh merebut tempat ke-4 liga. Diharapkan agar Benitez menggunakan kebijaksanaannya untuk memacu kemenangan untuk Liverpool dan melebarkan rekod tanpa kalah dan bolos Liverpool.

YNWA

Thursday, January 21, 2010

Wisel Penamat: Deadly KUnYiT

Dirk Kuyt kembali. Kembali menjaringkan gol-gol penting untuk The Reds dalam perlawanan menentang Spurs awal pagi tadi. Sememangnya berbaloi berjaga untuk melihat kemenangan keatas Spurs.

Kuyt berjaya membocori gawang Spurs seawal minit ke-6 hasil umpanan Tok Akilani dan Sepakan penalti pada minit ke-93. kombinasi Kuyt dan Tok Akilani sememangnya menjadi dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Spurs yang mana terpaksa mengeluarkan dua pemain pertahanan untuk digantikan dengan pemain pertahanan yang baru.

Secara keseluruhan para pemain The Reds mempamerkan aksi juang yang tinggi dihadapan 42,000 penonton di Anfield. Kyrgiakos harus diberi pujian menggunung kerana berjaya menghalang serangan dari segenap sudut dan berjaya mematikan akal penyerang Spurs iaitu Defoe dan Crouch.

Degen juga turut beraksi kemas di sayap kanan walaupun dia kurang dari segi kepantasan tetapi kerap melakukan hantaran bijak bagi membantu Tok Akilani dibahagian hadapan. Riera kembali memperkuatkan sayap kiri dan hampir menjaringkan gol tetapi tandukkannya terkena palang gol.Insua seperti biasa tenang mengawang kawasannya dan sekali-sekala membantu menhantar bola kepada Albert Riera.

Lucas dan Mascherano mengawal bahagian bawah midfield dengan begitu kemas, walaupun sekali-sekala ada melakukan sedikit kesilapan, walaubagaimanapun masih mampu merantai pergerakan Luka Modric dan Jermaine Jenas.

Kemenangan ini sedikit sebanyak meredakan sedikit tekanan kepada Rafa Benitez dan kembali meletakkan The Reds kelandasan sebenar untuk bersaing merebut tempat untuk Champions League musim hadapan selain merapatkan jurang mata dengan Spurs dan City dengan kekurangan 1 mata.

YNWA

Wednesday, January 20, 2010

Sebelum Wisel: Bangkitlah The Reds

Marilah kita bersama-sama berjaga untuk menyokong pasukan kesayangan kita. Tunjukkanlah sokongan tanpa berbelah bagi walaupun dalam keadaan susah dan senang. Persetankan apa sahaja kutukan dari fans kelab lain yang memang cukup suka apabila Liverpool dirundum malang.

Menentang calon favourite untuk slot Champions League musim hadapan 'The LilyWhite' Spurs di Anfield mungkin tugasan yang cukup getir Benitez untuk memenangi semula hati The Kop. Rafa dalam pada itu memohon The Kop untuk memberikan sokongan padu kepada para pemain dalam perlawanan ini.

Dalam perkembangan lain George Gillet, pemilik bersama Yanks buat sekian kalinya menyatakan sokongan padunya kepada Rafa, dan tiada sebab untuknya memecat Benitez buat masa ini. Walaupun ura-ura menyatakan Guus Hiddink akan tiba ke Anfield bila-bila masa sahaja.

Dalam perlawanan ini Rafa Benitez mungkin mengharapkan sedikit Ihsan dari dua orang bekas anak didiknya iaitu Peter Crouch dan Robbie Keane. Dua pemain yang agak lambat untuk menyinar dan pergi meninggalkan Liverpool pada tika yang kurang sesuai. Jika mereka berdua masih ada, Rafa tidak akan runsing tentang masalah memilih pengganti Torres ketika ini.

Walauapapun, perlawanan ini amat penting untuk dimenangi, sekiranya kemenangan tercipta, The Reds hanya dibezakan 1 mata dengan Spurs di tangga ke-4 ketika ini. Sama-sama saksikannya, Jam 4.00 pagi siaran lansung Astro Channel 812.. Watch It!!!

YNWA


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger