Entri Terhangat

Saturday, February 26, 2011

Sebelum Wisel: Meneruskan Rekod Tanpa Kalah


Liverpool akan bertandang ke Upton Park, gelanggang keramat West Ham, mungkin hanya tinggal kenangan untuk -2 musim lagi memandangkan mereka sudah memiliki stadium baru iaitu stadium olimpik 2012 yang berkapasiti sekita 80,000 tempat duduk.

Lupakan pasal Upton Park yang akan dikenang samapai bila-bila itu. Liverpool akan turun untuk meneruskan rekod tanpa kalah sebanyak 8 perlawanan sejak kali terakhir menerima kekalahan pada perlawanan menentang Blackpool yang mana Liverpool tewas 2-1 di Bloomfield road.

Untuk rekod, perlawanan musim lepas di Upton Park ini, Liverpool berjaya menundukkan West Ham dengan jaringan 3-2. Manakala pada perlawan awal musim lalu menyaksikan Liverpool menang selesa dengan jaringan 3-0.

Untuk perlawanan ini, berkemungkinan Liverpool akan menyenaraikan semula Steven Gerrard dalam senarai penuh skuad dan Andy Carroll juga dipercayai akan berada dalam senari pemain tersebut. Namun kelibat Daniel Agger masih lagi diragui.

Dalam pada itu Dirk Kuyt, percaya yang dia dan Suarez mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi penggempur Liverpool ketika ini memandangkan mereka mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi sesama mereka dalam bahasa Dutch.

Apapun, perlawanan ini harus dimenangi, tidak boleh berlaku keciciran mata, memandangkan perebutan tempat ke-4 masih lagi terbuka, dan tiada yang mustahil untuk menggapainya.

walk on.ynwa

Friday, February 25, 2011

Wisel Penamat: Terima Kasih Kuyt

Terima Kasih Super Duracell. Dirk Kuyt sekali lagi memperlihatkan yang dia sememangnya pemain yang amat diperlukan sepanjang perlawanan. Ligat bermain sekeliling padang dan tidak terikat dengan peranannya di sayap kanan. Mungkin selepas ini King Kenny akan mengajak Kuyt untuk melihat konsert Muse pula.

Perlawanan semalam memperlihatkan kesungguhan anak didik King Kenny untuk memenangi perlawanan, walaubagaimanapun banyak peluang disia-siakan oleh David Ngog dan Raul Meireles.

Ketika perlawanan seakan menuju ke masa tambahan, Kuyt menjadi penyelamat King Kenny dengan tandukan bertenaga pada minit ke-86, sekaligus memastikan Liverpool ke pusingan 16 pasukan terbaik dan akan membuat perhitungan satu lagi pasukan Sparta, tetapi bukan dari Republik Czech tetapi dari Portugal iaitu Sparta Braga.

Memandangkan slot 16 pasukan terbaik berjaya dicapai, King Kenny pastinya mahu melebarkan lagi langkah untuk ke pusingan seterusnya. Sekaligus memberikan Trofi kepada Liverpool.

walk on.ynwa

Thursday, February 24, 2011

Sebelum Wisel: Mesti Menang


Liverpool turun ke Anfield kali ini dalam saingan Liga Europa bagi perlawanan timbal balik kedua menentang Sparta Prague yang mana perlawanan pertama tempaoh hari berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Yang pasti barisan Sparta akan turun habis-habisan menentang Liverpool dengan matlamat setidak-tidaknya seri berserta jaringan untuk melayakkan diri mereka secara automatik ke pusingan seterusnya.

Dalam pada itu, King Kenny sudah berkira-kira untuk menurunkan barisan terkuatnya bagi menghadapi perlawanan ini, walaupun didalam catatan kertas, Liverpool tiada masalah membenam cabaran Sparta lebih-lebih lagi beraksi dihadapan The kop.

Walau bagaimanapun, King Kenny tidak menghiraukan ramalan diatas kertas, sebaliknya King Kenny lebih optimis untuk melihat hasilnya sendiri apabila aksi diatas padang dimulakan. King Kenny juga optimis untuk mendapatkan tempat bagi 16 pasukan terbaik dalam saingan Liga Europa.

Harapan agar kemenangan dapat dirakamkan dihadapan The Kop, sekaligus memastikan cabaran Liverpool dalam saingan Liga Europa berterusan dan berpeluang menamatkan badi tanpa piala sejak kali terakhir pada tahun 2006.

walk on.ynwa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger