Entri Terhangat

Saturday, April 16, 2011

Berita Ringkas: Rangkuman

1. King Kenny bersedia menjadi pemain sayap sebagai keutamaannya apabila jendela perpindahan dibuka. Nama-nama seperti Matt Jarvis(Wolves), Ashley Young(Aston Villa) disenarai pendekkan oleh Comolli memandangkan khidmat yang mereka berikan ketika mewakili England.

2. Liverpool dikatakan sedia membida Keisuke Honda dengan nilai 12 Juta Pound. Walaubagaimanapun, Juventus dan Marseille turut memantau perkembangan Keisuke Honda.

3. John W Henry, menyedari dia mewarisi kelab yang lemah apabila mengambil alih kepimpinan dari Hicks & Gillett. Pemain kurang berwibawa, tetapi memiliki gaji mingguan yang tidak munasabah.

4. Everton sedia untuk memotong jalan bagi mendapatkan target berpotensi Liverpool iaitu pemain sayap Sevilla, Diego Perotti. Diego yang cukup cemerlang di Sevilla musim ini bergandingan baik bersama Jesus Navas dengan bertukar-tukar posisi dibahagian sayap.

5. Daniel Agger terpaksa melupakan terus aksi bagi musim ini kerana kecederaan yang dialaminya ketika perlawanan menentang West Bromwich.

6. LeBron James, Superstar Basketball Amerika, telah memiliki sebahagian kecil saham Liverpool. Ianya dilihat langkah yang cukup baik untuk pemasaran Liverpool di Amerika.

7. Liverpool bersedia mengeluarkan 22 Juta Pound untuk merekrut bekas rakan sepasukan Luis Suarez iaitu Jan Vertonghen dan Christian Eriksen.

8. Liverpool dengan rasminya telah mengumumkan Jelajah Asia 2011 dengan memilih tiga negara untuk disinggahi iaitu, Malaysia, China dan Korea Selatan.

9. Kapitan Gerrard, menjadi pemain kedua selepas Daniel Agger yang tidak dapat bermain untuk baki musim ini. Namun Kapitan Gerrard memberi jaminan yang dia akan turun bersama Liverpool untuk Jelajah Asia nanti.

10. Robbie Fowler kembali menyertai Liverpool dengan menyertai latihan Liverpool memandangkan Liga Australia kini telah melabuhkan tirainya musim ini.

11. Liverpool sedia mendapatkan Ibrahim Afellay dari Barcelona dengan tanda harga sebanyak 6 Juta Pound. Sekiranya ianya menjadi realiti, ini merupakan satu urusan perpindahan yang menguntungkan Liverpool.

12. Andy Carroll menjaringkan 2 gol menentang Manchester City dan John Flanagan, berusia 18 tahun melakukan debutnya pada perlawanan tersebut.

13. Pengurus Porto, Andre Villa-Boas, dikaitkan dengan jawatan Pengurus Liverpool untuk musim depan, walubagaimanapun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan Liverpool.

14. Liverpool bersedia mengorbankan Joe Cole sebagai galang ganti untuk mendapatkan khidmat Ashley Young dari Aston Villa yang mana sebelum ini Aston Villa mahukan 20 Juta Pound untuk Young.

15. Kenny Dalglish, bersedia membawa pulang Michael Owen ke pangkuan Liverpool memandangkan kontraknya bersama Scumbag akan tamat musim ini.

16. 15 April, Selamat Ulangtahun Hillsborough Disaster. Never Ever Forgotten.. Justice for 96. YNWA

17. 16, April, Selamat Ulangtahun Kelahiran Rafa Benitez. Terima Kasih. Jasamu dikenang.

Tuesday, April 12, 2011

Wisel Penamat: Sweet Carroll 9 untuk Hillsborough


Tragedi Hillsborough akan berusia 22 tahun pada 15 April ini. Manakala saya akan berusia 24 tahun pada tarikh yang sama, tapi tahun berbeza. Dua jaringan Carroll dan 1 gol dari Kuyt sudah cukup untuk didedikasikan kepada mereka yang terkorban pada 22 tahun yang lepas.

Carroll telah membuktikan nilainya kepada King Kenny dengan 2 gol yang menarik. Saya telah menjangkakan dalam perlawanan menentang City, Carroll akan menjaringkan gol, tetapi tidak sangka pula Carroll menghadiahkan 2 gol, 1 untuk Hillsborough dan 1 lagi untuk saya. Hehe..gurau je..

John 'Flanno' Flanagan,18 tahun cukup memberangsangkan walaupun kali pertama beraksi untuk skuad senior. Tenang dan bersahaja seperti tiada bebanan yang diletakkan keatasnya. Masa depan yang cerah untuknya memandangkan Glen Johnson dan Martin Kelly masih lagi diulit kecederaan.

Keseluruhan, pamain bermain dengan cukup baik, mentaliti menyerang yang cukup ampuh pada separuh masa pertama dan permainan santai dibabak kedua. Spearing dan Lucas bermain cukup baik kali ini. Tidak seperti ketika menentang West Brom. Meireles dan Kuyt cukup ligat memporak perandakan bahagian sayap City selain Suarez memberikan lebih banyak mencipta peluang dan ruang untuk Carroll menjaringkan gol.

Diharap rentak kemenangan dapat diteruskan dengan menjadikan Arsenal mangsa yang seterusnya.

22 Years Still In Mind, Hillborough Tragedy. Justice For 96. You'll Never Walk Alone!

Sunday, April 10, 2011

Sebelum Wisel: Menentang Pasukan Jutawan


Liverpool menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang kelab kaya raya, Manchester City. Walaubagaimanapun tiada sambutan red carpet untuk mereka. Apa yang pasti sambutan dengan buldozer dan tembakan senapang gajah akan menanti mereka di Anfield awal pagi nanti.

Walaupun pada hakikatnya, pada awal musim Liverpool telah dibedil 3-0 di Eastland, tetapi itu awal musim. Sekarang semakin menghampiri akhir musim dan mentaliti kedua-dua pasukan pastinya untuk mencapai target masing-masing.

Liverpool akan turun tanpa Steven Gerrard, Daniel Agger kemungkinan besar Johnson turut tidak dapat diturunkan. King Kenny pasti sudah membuat post mortem terhadap kekalahan kepada West Brom tempoh hari. Diharap tidak ada kesilapan individu berlaku untuk perlawanan ini.

Berbaki 6 perlawanan dengan pasukan yang menanti seperti, Arsenal, Birmingham, Newcastle, Fulham, Tottenham dan Aston Villa. Baki perlawanan yang cukup mencabar untuk diharungi. Mampukah Liverpool untuk melayakkan diri ke saingan Liga Europa musim hadapan? Jawapannya bermula dari perlawanan menentang City awal pagi nanti.

Walk on. Ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger