Entri Terhangat

Thursday, February 17, 2011

Wisel Penamat: Keputusan Seri untuk King Kenny

Penantian King Kenny selama 9394 hari untuk kembali mengendali Liverpool dalam saingan Eropah berakhir dengan keputusan seri. Ianya merupakan perlawanan pertama setelah kelab Inggeris dilarang menyertai kejohanan Eropah berikutan Tragedi Heysel.

King Kenny melakukan 3 pertukaran yang cukup besar dengan memasukkan Kyrgiakos menggantikan Skrtel, Danny Wilson menggantikan Johnson dikiri manakala Johnson kembali ke kanan. David Ngog kembali sebagai penyerang utama kerana ketiadaan Luis Suarez yang hilang kelayakan untuk beraksi.

Conor Coady disenaraikan dalam senarai pemain simpanan dan 3 orang lagi pemain muda mendapat manfaat berguna kerana dapat berlatih bersama skuad utama. Joe Cole kembali beraksi sebagai pemain gantian mengantikan Fabio Aurelio yang cedera. Cedera lagi si Aurelio nie. Harap selepas ini Joe Cole kembali memberi pilihan yang lebih banyak untuk King Kenny.

Perlawanan awal pagi tadi, Liverpool banyak melakukan hantaran-hantaran pendek dan sukar menembusi pertahanan lawan yang dikepalai oleh bekas orang kuat West Ham United iaitu Tomas Repka.

Apapun masih ade perlawanan kedua di Anfield pada 24 Februari nanti. Harap Liverpool dapat memanfaatkan peluang kedua nanti.

walk on.ynwa

Wednesday, February 16, 2011

Sebelum Wisel: King Kenny Buat Kejutan Lagi


King Kenny sekali lagi membuat kejutan bermakna untuk semua peminat Liverpool dengan menyenaraikan 4 orang pemain muda yang beraksi cemerlang membenam Southend FC 9-0 tempoh hari. Raheem Sterling, Jack Robinson, John Flanagan dan Conor Coady mendapat mandat istimewa dari King Kenny merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam saingan Liga Europa.

King Kenny berkata pemilihan mereka berempat adalah kerana mereka menampilkan kualiti yang diinginkannya dan mereka melakukannya dengan cukup baik jika hendak dibanding dengan usia mereka. Jika semua perancangan berjalan lancar mereka semua akan merasa aksi diperingkat eropah pada perlawanan menentang Prague nanti.

Terbang ke Sparta Prague, King Kenny terlepas khidmat, Stevie G dan Agger yang masih belum cergas, Poulsen menanti kelahiran cahayamatanya manakala Luis Suarez tidak layak beraksi kerana sudah beraksi sebelum ini bersama Ajax Amsterdam.

Walaubagaimanapun, King Kenny mendapat semula khidmat Joe Cole, yang kembali pulih dari kecederaannya dan Andy Carroll turut serta dalam skuad ke Sparta Prague, walaubagaimanapun belum pasti samaada Carroll akan diturunkan atau dia hanya sekadar menjadi pemain sokongan dalam tempoh latihan disana.

Ini perlawanan pertama King Kenny bagi saingan eropah, tetapi King Kenny cukup masak dengan saingan eropah, tiada yang mustahil untuk kita mencari bekalan selesa di Sparta sebelum membuat perhitungan semula di Anfield pada 24 Februari nanti.

walk on. ynwa

Tuesday, February 15, 2011

King Kenny: Masa Depan Reina Cerah Di Anfield

King Kenny telah menegaskan bahawa Pepe Reina adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjangnya di Anfield. King Kenny juga menyatakan Reina akan menghormati perjanjian pada kontrak yang ditandatanganinya musim panas yang lalu.

King Kenny juga memahami akan kehendak setiap pemain inginkan aksi Liga Juara-juara. King Kenny juga menambah Liverpool kini berada dilandasan yang betul untuk mencabar slot ke Liga Juara-Juara. King Kenny berharapa pemain-pemain berusaha keraas kearah itu.

Berkenaan minat Manyuk keatas Reina, King Kenny menegaskan tempat Reina adalah di Anfield dan bukannya di Old Kerepot. Landasan untuk mencapai kejayaan di Anfield akan lebih bermaknna buat Reina.

Keadaan semasa kelab semakin stabil, dan kita mendapat dua pemain baru yang berkelas dunia dan semakin mengutip mata demi mata, jadi tiada yang mustahil dengan baki perlawanan yang mendatang, tambah king kenny.

walk on. ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger