Entri Terhangat

Friday, March 11, 2011

Wisel Penamat: Kecundang di Portugal


Liverpool kecundang di arena Braga. Hasil kesilapan mudah Kyrgiakos menjatuhkan pemain Braga dalam kotak penalti. King Kenny melakukan beberapa pertukaran dengan Carragher bermain di bek kanan dan Kyrgiakos bermain dibek tengah.

Dibahagian Midfield Poulsen masuk menggantikan tempat Gerrard. Macam langit dan bumi bezanya apabila Poulsen memainkan peranan Kapten Fantastik. Joe Cole masuk mengisi posisi yang ditinggalkan Suarez tetapi Cole lebih bermain disetiap sudut padang. Jay Spearing turut diturnkan bagi menambah padat dibahagian tengah.

Tetapi babak pertama tidak banyak gerakan merbahaya dilakukan. Banyak hantaran yang sia-sia dilakukan. Kuyt juga tidak mendapat lorongan yang boleh diterjemahkan dalam bentuk gol.

Pada babak kedua, apabila Andy Carroll masuk menggantikan Poulsen, nampak perubahan dikawasan serangan. Banyak gerakan kekubu Braga dilakukan. Tetapi Braga cukup bagus melakukan perangkap offside. Bayangankan 9 offside diterima Liverpool dengan 7 offside untukKuyt dan 2 untuk Carroll.

Walaubagaimanapun, Liverpool masih mempunyai peluang untuk menidakkan kelebihan yang diperolehi Braga, apabila membuat perhitungan kedua di Anfield minggu depan. Seboleh tidak kemenangan harus dihasilkan tanpa Braga berjaya menembusi gawang di Anfield nanti.

walk on.ynwa

Thursday, March 10, 2011

Sebelum Wisel: Hantar Meireles Balik Kampung


Kawan ada terlihat gambar twitter akaun Encik Lucas Leiva, kawan lihat Raul Meireles cukup girang untuk ke Portugal. Maklum lah melawat kampung halaman. Kepulangan Meireles ke tanah tumpah darahnya kali inibukan untuk melawat sanak-saudara, tetapi untuk membantu Liverpool mengutip kemenangan ke atas lawan yang tidak asing lagi baginya iaitu Sporting Braga.

Mungkin Meireles cukup masak dengan corak permainan Braga, mungkin ada sedikit tips yang boleh dia kongsi untuk dijadikan rujukan oleh King Kenny. Kemenangan di Braga akan memudahkan lagi tugasan King Kenny untuk perlawanan timbal balik kedua yang akan diadakan di Anfield pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, Steven Gerrard, Kapten Fantastik Liverpool tidak dapat diturunkan pada perlawanan ini kerana bergelut dengan kecederaan, turut kedengaran khabar angin mengatakan kecederaan Stevie G memerlukan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Untuk perlawanan ini, Andy Carroll aka Sweet Carroll Nine akan beraksi dalam perlawanan ini. Samada memulakan perlawanan sebagai kesebelasan utama ataupun dari bangku simpanan. Jika turun dalam perlawanan ini Carroll tidak akan memakai jersi no.9 sebaliknya no.29, kerana no.9 telah didaftar diatas nama seorang pemain yang telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Apapun, perlawanan ini mesti dimenangi untuk mencari bekalan selesa di Anfield nanti, sekaligus meneruskan perjuangan untuk mengutip piala yang tinggal untuk musim ini.

walk on.ynwa

Sunday, March 6, 2011

Wisel Penamat: Hadiah Birthday Terbaik untuk King Kenny


Dirk Kuyt menjawab salam yang dihulurkan Berbatov sebanyak 3x pada awal musim dengan membalas semula salam itu juga sebanyak 3x. Malam yang sungguh bermakna bagi semua penyokong di Anfield yang menyanyi dan menjerit-jerit memekik-mekik nama King Kenny.

Hatrik oleh Kuyt menjadikan dia pemain pertama Liverpool musim ini yang menjaringkan Hatrik dan menyamai pencapaian Peter Beardsley yang turun menjaringkan hatrick menentang Manshiter 20 tahun yang lalu.

Perlawanan yang menyaksikan semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk menang bagi menebus kembali kekalahan memalukan di tangan West Ham. Luis Suarez bermain sekeliling padang bagi mengelakkan dari terus dihimpit oleh Evra, manakala Kuyt bijak memperdayakan Smalling dan Brown.

Gerrard dan Meireles mengemudi midfield dengan cukup baik sekali dengan melakukan killer pass yang berkesan, disamping Lucas yang cukup ligat menghambat Nani kemana saja si lembik tu pergi. Maxi juga sering bertukar-tukar posisi bersama Aurelio untuk melakukan serangan, walaubagaimanapun, Aurelio terpaksa keluar awal kerana mengalami kecederaan.

Gol saguhati manshiter hadir pada minit-minit terakhir pada ketika para pemain Liverpool tidak sabar meraikan kejayaan besar ini dihadapan The Kop. Reina terlepas peluang sekali lagi untuk mendapatkan Clean Sheet untuk ke sekian kalinya.

Dalam minit-minit terakhir Anfield bergema dengan nyanyian Happy Birthday yang ditujukan kepada King Kenny. Memang terbaik!

Walk on. ynwa


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger