Entri Terhangat

Friday, October 21, 2011

Sebelum Wisel: Burung sama burung


Setelah berjaya menyekat Manuk dari mencatat kemenangan tempoh hari dan ketika pasuan lain sibuk dengan saingan eropah masing-masing Liverpool sempat terbang ke Glasgow bagi mengadakan perlawanan persahabatan menentang Rangers di Ibrox. Ahad ini, Sang Kenari akan ke sarang Sang Liverbird untuk perlawanan pertama dalam tempoh hampir 7 tahun.

Pada tahun 1994, dihadapan The Kop End. Norwich berjaya menundukkan Liverpool 1-0 yang mana ianya merupakan kemenangan terakhir Norwich di Anfield. Pada tahun 2004 dimana Norwich kembali ke Liga Perdana Liverpool berjaya membenam Norwich 2 kali 3-0 di Anfield hasil jaringan Milan Baros, Luis Garcia dan Djibril Cisse. Manakala perlawanan di Carrow Road Skuad kendalian Benitez berjaya menjinakkan kenari 2-0.

Pada perlawanan menentang kenari kali ini, King kenny akan melakukan 1 pertukaran dibahagian dengan memandangkan ketiadaan Lucas kerana mengutip kad kuning berlebihan. Kemungkinan Henderson ataupun Spearing akan berada dalam senarai akhir King Kenny. Manakala Doni tidak berada dalam senarai simpanan kerana mengalami patah jari dalam perlawanan menentang Rangers dan tempatnya akan diambil alih oleh Martin Hansen.

Disamping itu, King Kenny jga boleh berkira-kira untuk meletakkan Andy Carroll semula dalam kesebelasan utama. Selain itu King Kenny memiliki pilihan yang cukup besar kali ini dibahagian pertahanan memandangkan Glen Johnson dan Daniel Agger telah cergas sepenuhnya dan memberikan aksi memberangsangkan ketika perlawanan persahabatan tempoh hari.

Apa yang pasti Norwich tidak dapat menurunkan 2 bekas pemain Liverpool iaitu Zak Whitbread dan Daniel Ayala yang masing-masing masih mengalami kecederaan.

Perlawanan ini sememangnya harus dimenangi dan tidak boleh keciciran mata. Tapi harus diingat pasukan seperti Norwich yang sentiasa membuatkan kelancaran momentum aksi cemerlang Liverpool terbantut. Harus menang bagi merapatkan jurang mata dengan 4 pasukan ditangga teratas yang pasti Match Derby Madchester akan menyaksikan salah satu pasukan akan kehilangan mata dan mungkin kedua-dua berkongsi mata, jadinya Liverpool kena menang dan tidak keciciran mata.

walk on.ynwa

Sunday, October 16, 2011

Wisel Penamat: Tanpa Ramli Sape lah Setan Merah

Setiap game semua sama saja. Tak ade yang kecil ataupun besar. Kalau menang dapat tambahan 3 mata - King Kenny

Pak Gesen telah membuat kesilapan besar kerana tidak menyenaraikan Ramli dalam skuadnya ke Anfield. Kesilapan itu hampir saja memakan diri Pak Gesen tetapi Mister Potata perisa Mexican berjaya menyelamat Pak Gesen dari menerima kekalahan pertama.

Perlawanan seimbang pada babak pertama dan bertukar rancak pada babak kedua. Kapitan Fantastik seperti biasa tidak menghampakan dengan sepakan percuma warisan turun-temurunnya walaupun dulu Raul Meireles datang membantu tetapi Luis Suarez mengambil alih tugas tersebut kali ini dengan tarian yang mengujakan De Gea.

Sayap kiri Liverpool cukup bertenaga dengan pertukaran hantaran antara Enrique dan Downing membuatkan Smalling tak cukup tenaga di sebelah kanan Kuyt dan Suarez bertukar-tukar posisi menghambat Evra 'N' sehingga diakhir perlawanan dia mendakwa Suarez menghinanya dengan panggilan 'N'. Apa-apa je la si Evra nie.

Lucas tidak dapat bermain penuh kerana menerima kad kuning dan digantikan dengan Henderson. Hendo beraksi cukup baik dan mempunyai 2 peluang keemasan tetapi half volleynya ditepis keluar De Gea yang menyangkakan Donut melayang ke arahnya dan bagi mengelak kontroversi sekali lagi dia menepis keluar bola yang disangkanya donut itu. Satu free header yang hendo miliki pula sekadar melepasi paling walaupun ketika tu Evans sudah tertewas.

Perlawanan seterusnya menentang Norwich di Anfield. Sudah 7 tahun rasa Liverpool tidak bertemu Norwich dan diharapkan Liverpool dapat mengalahkan Norwich sebagai salam selamat datang untuk Norwich kembali ke BPL.

walk on.ynwa

Friday, October 14, 2011

Sebelum Wisel: Pertembungan Gergasi Merah


Pak Alex akan datang dengan harapan mencari kemenangan pertama di Anfield setelah gagal melakukannya selama 4 tahun. Mungkin King Kenny akan menambahnya untuk 10 tahun. Sapa tahukan.

Manu berada 6 mata dihadapan Liverpool kesayangan kita dan King Kenny mencari kemenangan untuk merapatkan jurang mata dengan Manu. Kenangan musim lepas dimana Liverpool membedil Manu 3-1 di Anfield diharap dapat diulangi sekali lagi.

Dalam pada itu King Kenny masih lagi belum mahu mengesahkan kelibat Steven Gerrard dalam kesebelasan utama malam ini. Manakala Martin Kelly sudah pulih dari kecederaannya. Daniel Agger turut cergas untuk diturunkan pada perlawanan ini.

Aku berharap Gerrard dapaat diturunkan awal dalam match ini untuk bergandingan bersama Adam ditengah dan membiarkan Lucas menghambat pemain Manu yang lain. Carroll memerlukan seseorang yang boleh menciptakan ruang untuknya.

Aku jangkakan pemain-pemain kidal akan menyerlah pada malam ini. Jose Enrique, Steward Downing, Charlie Adam dan Andy Carroll akan menghadiahkan kemenangan malam ini.

walk on.ynwa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger