Entri Terhangat

Sunday, January 17, 2010

Wisel Penamat: Minit Akhir yang Mengecewakan


Menentang Stoke City di arena lawan, Benitez melakukan perubahan drastik dengan menyenaraikan semula Sotirios Kyrgiakos dan Philip Degen pada kesebelasan utama. Ramai yang mempertikaikan kelibat Degen untuk memenuhi kekosongan di sayap kanan, sedangkan Maxi Rodriguez berada dalam senarai skuad, tetapi tidak digunakan Benitez untuk kesebelasan utama. Walaubagaimanapun Degen menjalankan tugasnya dengan baik sekali.

Dalam perlawanan ini Benitez menyenaraikan seramai 6 orang pemain pertahanan. Adakah anda semua perasan? Carragher, Insua, Kyrgiakos, Skrtel, Degen dan Aurelio dipermulaan perlawanan. Macam mana mahu menang dengan adanya 6 orang pemain yang mentaliti semulajadinya adalah bertahan? Mungkin Benitez memandang dari sudut yang berbeza kerana Stoke City merupakan pasukan yang keseluruhannya bermain dengan kekuatan fizikal.

Ramalan Benitez tepat juga melihatkan pemain Stoke mengawal permainanan dan melakukan serangan melalui kekuatan fizikal mereka. Tetapi bukan mentaliti bertahan yang kita mahukan apabila menentang pasukan kelas pertengahan seperti Stoke City. Jentera tengah kurang memainkan peranan sebenar dan memperlihatkan kurang gerakan untuk menyerang kawasan Stoke.

Pada minit ke-57 Sotirios Kyrgiakos berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk The Reds. Kyrkiagos layak dinobatkan man of the match kerana berjaya menyerap asakan bertubi-tubi dari pemain Stoke dan berjaya memupuk persefahaman yang cukup baik dengan Skrtel.

Walaubagaimanapun, kesilapan dan kealpaan minit akhir berulang sekali lagi sedangkan Rafa Benitez berkira-kira untuk bersuka ria meraikan kemenangan, Robert Huth memanfaatkan situasi kelam kabut di pintu gawang The Reds untuk gol penyamaan.

Diharapkan menentang Spurs di Anfield nanti Benitez akan melakukan perubahan demi perubahan untuk mengubah nasib The Reds. Disamping ketiadaan 3 tonggak untama untuk jangka masa panjang, diharapkan juga Benitez dapat membawa masuk beberapan pemain yang berkualiti untuk memenuhi ketiadaan pemain tonggak.

YNWA

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger