Entri Terhangat

Sunday, February 13, 2011

YNWA: Pelan Pembangunan Semula Anfield


Anfield akan berwajah baru, dengan suntikan dana kewangan dari John W Henry dan Fenway Groupnya. Anfield yang kali terakhir berubah wajah adalah pada tahun 1992 apabila Kemlyn Road Stand telah dimodenkan rupa bentuknya menggantikan Kemlyn Road yang lama. Kemlyn Road telah dinamakan semula dengan nama Centenary Stand.


Antara bahagian Anfield yang akan mengalami perubahan adalah, Kop End, Centenary Stand yang akan diperbesarkan buat kali yang ke-3 dan juga Anfield Road yang merupakan tempat untuk penyokong pasukan pelawat. Manakala Main Stand masih kekal bentuknya tanpa sebarang penambahan rupabentuk dan juga bilangan seat. Pada tahun 1973 adalah yang tahun dimana Main Stand dibina semula menggantikan Main Stand sebelumnya yang diperbuat dari kayu-kayan.


Sekiranya pelan ini diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan Merseyside, Anfield akan mengalami perubahan fizikal yang cukup drastik dengan penambahan bilangan tempat duduk sehingga 70,000 kapasiti penonton berbanding dengan jumlah 45,362 pada masa kini.

2 comments:

  1. tidak boleh berfikir selain apa kesudahan musim ini untuk Liverpool!! masih amat kecewa seri dengan Wigan malam kelmarin..no mood at all!!!but bro..good post!

    ReplyDelete
  2. lek bro..bkn rezeki kita nak menang...player banyak yang letih..international match tgh minggu.. hope balance match dpt kutip lg bnyk point..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger